my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Sunday, July 31, 2011

Sekali lagi

Assalammualaikum semua2 kawan2 yang dah lama tak membaca bl0g aku ni haa, dah bersawang2 dah aku teng0k bl0g ni, dari bl0g ni mati je sampai bila2, mehla aku nak cerita sikit dengan k0rang semua apa benda yang dah aku buat sepanjang beberapa bulan aku dah xmenaip bl0g ni.

Start dri bulan Jun n Julai la senang, cepat sikit, hehehe. OK, bulan Jun n Julai ni adalah bulan dimana aku tengah berperang nak menduduki exam hidup mati untuk aku. Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia nama exam tu (pape ajalah kan). Memang ranap la otak yang kurang pandai macam aku ni haa. =')
S0 tak nak cerita panjang, aku dah pon LULUS exam tu dan sekarang aku dah ada lesen jururawat dan boleh dah nak rawat siapa2 pon. Hahaha (bangga diri kejap, kejap je, bukan selalu =")

S0 selepas aja exam tu, aku bersiap2 nk graduate pulak (haa! yang ni excited nak cerita) ='). Graduate aku ni diadakan di PICC, korang carilah sendiri apa dia kejadah PICC nih, malas nak taip panjang2. Time graduate ni aku rasa akulah orang yang paling bahagia, sbb sume orang yang aku sayang semua datang, kecuali papa aku sebab papa sibuk sangat2 time tu jadi aku tak kacau papa. Graduate aku ni berjalan dengan jayanya (cheewaah =')




Korang semua tengok ajalah gambar dekat atas tu, dah menunjukkan betapa gembiranya aku masa ni. =')

Baik, aku nak pendekkan cerita nih, nnt boring pulak korang baca pasal aku nk graduate aja. Hehehe, jadi selepas je graduate ni aku jadilah penganggur yang bertauliah. Untuk tidak lama aku menanam anggur dan menghabiskan b0reh y0 duduk dekat rumah, bermula journey aku yang baru pulak. Misi mencari kerja. Misi aku ni dilaksanakan dengan bantuan bersama yang amat aku sayangi, siapa lg, buah hati aku la. Dia sanggup tu ambil cuti sebab nak t0l0ng aku =') walaup0n tangan dia operate dia sedia berkhidmat untuk awek dia yang selalu menyusahkan dia ni ha =') terima kasih abg. So, semua hospital area KL kami redahi pada hari tu.

Pastu aku teruskan lagi kehidupan aku yang tak berapa nak best ni dengan menyampaikan talk n ceramah pasal pertolongan cemas dan CPR dekat budak2 sekolah menengah. Yang paling terbaru aku bagi talk dekat student Maktab Perguruan Islam. Agak menggelabah sikit sebab aku p0n tak pernah bagi talk dekat student yang sebaya dengan aku. Ianya macam satu penghormatan untuk orang macam aku ni =').

Selain dari tu, aku penuhi masa lapang aku dengan wat coklat oreo yang sekarang ni tengah feymes dekat pasaran (feymes ke? aku p0n kurang pasti). Kadang2 mana2 yang nak order dengan aku, aku buatla. Kalau tak ada untuk makan2 je aku dengan family. Best jugak buat coklat2 ni walaupon taklah seteror mana2 kakak yang dah boleh tutup mata je buat coklat ni, hehe.

Relay for Life aku jadi volenteer untuk event untuk orang2 Kanser yang diadakan di Stadium UPM Bangi. Penat jugak sebenarnya, tapi best. Macam2 yang aku dapat belajar dari mereka2 yang mengidap kanser. Tengah khusyuk memvolenteer (jgn ik0t ayat ni, salah ni) tiba2 booth aku dikunjungi oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak2, YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. Terkedu, tergamam semua ada sebab memang dah lama aku nak jumpa dengan menteri yang banyak support kaum wanita dan kanak2 dekat Malaysia ni. Sumpah aku Suke! =")

Aku sorang je sy0k sendiri pandang kamera arah lain.. hehehe =')

Happy faces. Hehehe, sembunyi di celah2 kepenatan. =') Memang penat, tapi happy sebab dapat t0l0ng orang yang kurang upaya.

Lepas je berhempas pulas dengan membantu orang2 dewasa meh la kita t0l0ng budak2 kecik yang baru meningkat dewasa. Aku dengan rasa bangganya nak beritahu bahawa aku menemani student tadika mama aku melawat ke Menara KL, ni kali ke2 aku pergi. Apa nak jadila dengan aku ni, duduk 3 tahun kat KL pergi melawat p0n susah. Dah tu ni jela masanya. Budak2 ni nak je aku cubit2 pipi diorang ni. Bukan nakal (tu dah memang tabi'i diorang tak boleh nak elak) ni sebab di0rang c0mellll laaaa sesangat2 kan. Habis merah2 pipi diorang aku kerjakan. =')

Comelll kan diorang nih ^_^

Macam aku ni di kalangan mereka yang kanak2 tu kn?? ='))

Kalau boleh banyak lagi gambar aku nak letak, tapi ruang tidak mengizinkan. Last aktiviti yang aku buat melawat bandaraya bersejarah, Melaka. Bukan pergi melawat p0n, actually tol0ng papa aku katering, so dalam masa yang sama jalan2 la kejap dengan family aku. Pasal ni aku akan cerita pada post yang akan datang. Pada yang sentiasa menunggu post dari aku ni (ade ke??) terima kasih la banyak2 ye. Aku bukan macam Fatin Liyana yang cun gilerr sumpah tak tipu 2. Aku admire dia gileerr2. Eh, cerita pasal dia lak. hehe =') sampai bes0k nanti tak habis. S0 terima kasih semua. Until the next post. Tadaaa.