my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Sunday, August 14, 2011

Ya ALLAH....hanya padaMU...

Ya ALLAH.... hanya Engkau mengerti betapa aku rindukan dia.....

Thursday, August 11, 2011

Harus ku Teruskan....

Assalammualaikum...

Baik, aku tak ada banyak perkara yang nak di ceritakan pada episode kisah hidup aku kali ini, just semata-mata untuk luahan hati aku sahaja (cam rasa poyo lak) ahh! tak kesahla kan. Aku pun semenjak dua menjak tiga menjak ini, aku rasa macam-macam bebanan yang aku dapat. Kadang-kadang aku rasa macam tak tahan pun ada, kadang-kadang aku saja je tunjuk kuat, datangla beribu bebanan pun aku sanggup terima, but at last aku sendiri yang merana, sakit, kecewa. Baru aku terfikir, kegembiraan dekat dunia ni kan hanya bersifat sementara. Tak ada apa yang kekal dalam dunia yang fana ni. Perasaan dan hati manusia juga mudah untuk berubah, antara bersebab atau tidak. Bukan mudah untuk rasa bahagia hidup dekat bumi yang nyata ni. Bila time gembira macam-macam lagu happy teringang2 dekat telinga aku ni haa. Contoh macam lagu Fairy Tale nyanyian hebat dari Taylor Swift, and semua lagu-lagu dari Taylor yang happy-happy la. Aku rasa macam dunia ni aku yang punya.

Tapi bila kegembiraan tu tetiba gedebuk..bukk..bukk.. macam jatuh dari tingkat 50, (korang bayangkanla sendiri macam mane) hati aku macam disagat-sagat oleh kertas pasir jenis berus sabot cuci pinggan tu,(ada ke? lantakla) (ni pun korang bayangkanla sendiri macam mana terguris-gurisnya hati aku ni). Bila dah jadi macam ni, korang teka apa jadi. Haa? bunuh diri?? Yang ni aku marah, bila kecewa, sedih, depressed mula la nak fikir bunuh diri la, minum air sabun 10 baldi la, potong tangan sendiri la, aku memang pantang orang-orang yang macam ni, Jangan langsung terlintas dekat fikiran korang pasal perkara yang tak baik ni. Ingat, walau macam mana kecewa pun kita, ALLAH sentiasa ada di sisi kita, istigfar dan bertawakal padaNYA. Luangkan masa dekat orang-orang terdekat korang, macam family and kawan-kawan yang memahami. Cara aku time aku tengah depressed ni, perkara pertama yang aku buat, menangis, menangis dan terus menangis. Nampak macam seksa kan? Tapi bagi aku dengan menangis ni hilang sikit rasa bebanan tu. Then solat wajib + sunat, doa pada ALLAH berikan petunjuk dan permudahkan urusan kita hidup di dunia ni. Then, fikir rasional, tapi kadang perasaan kecewa kita tu melebihi segalanya di sebabkan hormone perempuan ni berubah, jadi korang and aku sendiri la yang kena pandai bermain dengan hormone dan perasaan sendiri.

Time aku tengah rasa sedih and kecewa ni, lagu-lagu yang sedih pulak sentiasa berkumandang di telinga aku, padahal aku tak minta pun. Bila on kan radio, lagu Trio dari Shila, Ning Baizura dan Jaclyn Victor - Beribu Sesalanku, tetiba je kedengaran. Celaka. Tak suka nak dengar lagu-lagu yang mendownkan aku. Lagipun lagu tu tak ada kaitan dengan aku, so buat apa aku nak bersedih dengar lagu tu. So, bila tengah-tengah sedih ni aku suka dengar lagu yang menaikkan semangat aku. Contoh, lagu dari Aliff Aziz tu - Harus ku Teruskan. Haa! lagu ni aku suka. Cuba korang try faham lirik lagu ni. Kalau korang nak faham laa, tak nak xpe tak paksa pun.

Kanan dan kiri suramnya terasa
Cuba fahami apa yang terjadi
Tidak tertanggung beban di alami
Mengapa terjadinya sebegini
Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan

Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Kumohon jauhkan dari kegelapan ini
Agar bisa aku teruskan

Walaupun lelah untuk menghadapi
Mengalah bukan jawapan yang ada
Walaupun berat segala di dada
Ku pasti mengharungi keakhirnya
Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan

Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Ku hanya insan yang kerdil di dunia ini
Tunjukkan ku jalan hadapan

Genggami tangan ini oh teman
Disaat aku memerlukan
Dan bila waktu untuk melangkah pergi
Berikanlah daku cahaya tabahkan jiwaku oh tuhan


Copy paste je ni, tetiba rasa malas menguasai. Then last sekali aku tersedar setiap dugaan dan ujian yang ALLAH beri tu mesti ada hikmah di sebaliknya. ALLAH itu maha kaya, DIA tahu apa yang DIA buat. Ujian dan dugaan yang DIA berikan itu hanya sekadar menguji tahap keimanan seseorang dan yakin la padaNYA. ALLAH tarik perkara yang kita rasakan terbaik dalam hidup kita semata-mata untuk memberikan kita yang lebih terbaik lagi. Cuma kesabaran dan masa yang menentukan. Jadi, bersyukurla di atas segala kesusahan yang kita alami, kerana tanpa kesusahan kegembiraan tak akan datang. Ingatlah korang sebenarnya ALLAH merindukan doa daripada kita. Sekian

Thursday, August 4, 2011

Lawatan ke Melaka dengan Family

Assalammualaikum..

Aku nak bagitahu you all ni yang aku pergi jalan-jalan dekat Melaka, (ada yang kesah ke? lantaklah). Actually aku kebetulan saja pergi Melaka ni, sebab nak tolong katering papa aku untuk Hari Pahlawan dekat Melaka. So at the same time aku menyelam sambil tangkap ikan la, maksudnya 3 in 1 la (kalau korang tak faham lagi tak tau la aku). So setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus menyiapkan semua accessories pinggan dengan cawan dan yang seangkatan dengannya aku dengan mama aku serta adik-adik aku p0n cepat2 ch0w dari dewan tu t0k SHooping! Papa aku hanya mampu untuk mengelengkan kepalanya sahaja. S0rry papa. =')

Ala bukan shopping apa pun, saja je nak lepak2. Pergi lepak pun dekat Jusco Melaka je, sambil tu belila barang2 apa yang patut, yang tak patut pun beli jugak, saja nak menghabiskan duit yang aku dapat time beri talk hari tu.

Tengah nak memilih mana satu patut aku beli, nak buat kek. Padahal dua2 bekas tu sama je, aku je yang mengada nak pilih2 ni. =')

So, lepas beli2 barang dengan kata lain SHopping!, biasalah bila dah banyak bergerak, otot-otot kita pon banyak bergerak dan memerlukan tenaga, jadi bila dah kehabisan tenaga, perut jadi lapar, so bila dah lapar, apa lagi makanlah! (kan senang dari tadi aku cakap perut dah lapar makan je, ni saja je nak membebel lebih) ='). Korang nampak tak apa yang aku makan tu, haha, jangan jeles ok ^_^- sebelum puasa ok.

Malam tu tetiba papa aku kata dia dah tempah seat untuk makan di hotel yang kami duduk tu. Kiranya macam makanan yang nak di introducekan untuk berbuka puasa nanti, so hari tu ada half price sebelum puasa. Apa lagi, kami adik beradik meloncat dan kami pun tak tahu kenapa kami meloncat, makan je pun..huh =')

So nila muka2 gembira papa dengan mama aku bila makanan dah depan mata. Harga sebenar untuk berbuka puasa dekat Princess Beach Resort ni dalam RM58 seorang, time ni kami dapat harga RM30 seorang, makanan yang diorang ni masak memang kaw2 la wa cakap sama lu. Memang berbaloi la kalau diorang setkan harga macam tu pada customer. Aku dengan adik2 aku yang lain pun makanla dengan jayanya.

S0 akhir kata, nila dia 3 in 1 bila aku berjalan ke Melaka. haha =') . Sementara aku belum dapat kerja kan, so tak salah pun nak berjalan2 dengan family. Bila dah kerja nanti, belum tentu dapat macam ni lagi. So, aku kenalah gunakan masa yang ada ni. Last dari aku Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal ! ^_^


P/S - pesanan untuk korang, puasa jangan tak puasa, nanti aku tonyoh2 hidung korang dengan pisau meja yang tak berapa nak tajam ni. Takut tak takut tak? tak payah nak takut, takut kepada ALLAH S.W.T tu kalau korang tak puasa. Peace.