my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Wednesday, October 31, 2012

Universal Studio Singpore Part 2

Assalammualaikum..

Yeahh! kite kembali dengan USS part 2. Post kali ni sambungan aku beronok-ronok di Universal Studio Singapore. Seperti yang korang baca pada post yang lepas tu, aku cerita kan betapa sonoknya kitorang beriadah di USS ni. So, same with this post also. Masih lagi di USS. 


Kami dah sampai ke Jurassic Park tuh. Its time to feel the fear. Haha 


To The Lost World of Tambun..eh! silap..to the lost world je..tehee ;p


Welcome to Hollywood bebeh ;D


National Library. Feeling ala2 student US arr konon kann. 


Ni la Hotel yang kitorang nak cek in. Sangat menipu ok. haha


The Street


Bangunan yang sangat the New York, hehe


Bangunan dia sangat cantik minus the pak cik mat saleh tu


HAA! ni dia set mengarah si pengarah Steven Spielberg tu. Nampak tenang je kan. But within a minute setting ni dah jadi huru hara, air tu keluar api bagai, bot yang nun atas sana jatuh, tingkap pecah, tsunami melanda, air tu bergelora yang teramat, kayu-kayan pecah belah, atap atas terbang nth ke mana..haa! That's what happened. Then, within a minute jugak, set ni akan kembali ke tempat yang asal. Sumpah gempak!


Tengah ligat berjalan sakan, untung betol terjumpa dengan Marilyn Monroe. Puas gak beratur nak hamek gambar dengan dia nih. Kitorang group ke2 last. -_-''


Letih berjalan, kitorang singgah makan dekat Restoran Mel's. Bila korang masuk dalam restoran ni korang feel la macam ade dekat hollywood sikit. 


Show The guys from Mel's. Mereka sangat hemsem and pandai menyanyi. Suara masing2 sebijik macam penyanyi Westlife tuh. 


Bezz! xramai manusia2 pon. hikhik


Depan Palace World Premiere. Konon retiss arr nih masing2. 


Last but not least Peace dari aku. HAHA ;D

OVERALL! USS ni memang best! Lagi best kalau pergi dengan family and kawan2. So, like I said before, better pergi sini by weekdays. Kalau weekend memang berasap kaki berdiri punya lama untuk beli tiket, untuk tengok show dan makan. Dan avoid daripada tiket habis kalau korang walk in customer. Aku datang sini abang aku dan aweknya dah booking and paid awal2 untuk aku with my little brother. So, taklah kitorang menghabiskan masa beratur nya panjang. USS ni buka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. 

Aku sarankan korang sampai awal sikit, dan naek ride yang bez2 and gempak2 dulu. Jalan2 along the street tu petang tu pon boleh. Sebab maskot-maskot feymes tu akan keluar dari tengah hari hingga petang. So, korang bolehla bergambar sakan ya amat nya time tu. Jangan lupa bawak baju lebih, sebab ada ride yang akan membuatkan korang basah kuyup dan muntah2. Macam aku arr, kalau korang pasan tetiba je baju aku dah bertukar, siap bukak contact lens pakai cemin mata. Tu sebab aku dah kebasahan naek ride dekat Jurassic Park tu. 

Jadi, kalau pergi sini jangan lupa ape yang aku pesan ok? Sekarang USS ni masih ada banyak lagi benda2 and show2 baru yang diorang akan update. Masa aku pergi tu diorang tengah siapkan Hogwarts School -Harry Potter tuh! Untung arr siapa yang pergi USS ni waktu skang. (-___-"). Anyway! Thank you sebab sudi baca post yang poyo nih. 


Saturday, October 27, 2012

Universal Studio Singapore Part 1

Assalammualaikum...


Yeahh! Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku di negara jiran kita Singapura. Tapi aku bukan nya menjelajah ke seluruh negara tu, aim just nak bersuka ria dekat Universal Studio (USS) je. Korang tanya USS ni bezz ke x? Aku xtahu macam mana nak explain, tapi USS ni bagi aku memang gempak gilerr, kire rugi jugaklah siapa yang pergi Singapore ni tapi xpergi USS. Kira macam korang beli aiskrim tapi makan cone dia je aiskrim tu korang campak kan. Rugi kan?kan? 

USS ni sesuai bagi korang yang xde masa nak pergi melancong ke seluruh negara. USS ni semua dah ada. Pilih je arr korang nak pergi negara mana pun, negara yang korang tak terpikir nak pergi pon ada. So, USS ni menepati citarasa pada sesiapa yang suka kan keriangan tanpa batasan. Hamek arr korang seberapa banyak gambar yang korang nak sampai kamera rosak pon xapa. Aku xnak cakap banyak. Sekarang aku bawak korang masuk ke dunia USS. (p/s - gambar2 dibawah xikot sequences ok)


Ni lah dia globe lambang USS nih. Siap dengan effect asap bagai, konon bagi lagi meremang arr bila menengok statue nih. Aku advice korang datang sini on weekdays, see gambar di atas, xramai orang pun. Jadi dekat sini je kitorang dah amek masa 1 jam untuk bergambar. Bayangkanlah berapa banyak dah gambar ktorang tgkap. Senang sebab xramai orang.


Transformer The Ride. One Word only I can say. AWESOME! Sumpah! Masuk je Entrace USS tu, kitorang terus terjah ke sini. Effect 3D dia, macam korang rasa korang yang lawan dengan Megatron tu. Aku xtahu macam mana nak bagitahu korang just memang awesome. Korang kena rasainya sendiri. 


Kena arr pakai cemin mata 3D nih. Nasib pergi on weekdays. Xlah kitorang beratur panjang sangat. And for u all's information. Kitorang masuk dalam ni 2x. Dan itu membuatkan kepala aku pening giloo.

Haa, ni planet di mana kitorang bersusah payah bertempur tadi. 

Roller Coster ni memang gilerr. Merah - Human, Biru - Alien. Yang paling gempak Si Alien. Roller Coster ni jugak buatkan aku muntah hampir 5x. -____- " 

Bergambar dengan kakak2 Alien.

OMG! jumpe dengan Optimus Prime! ni kot part time job diorang bila xde perang kt US.. heee 

TADAA! Egypt ! Revenge Of The Mummy - Ride . Roller Coster 3D. Gempak! ;D

Dengan IMOTHEP! Hensem bapaknya dia! >_< 

We are now at Kingdom Far Far Away Shrek - 4D

Hamek kau. Besar bapaknya istana dia. 

 Street dekat Kingdom Far Far Away -cantekk!

Sangat bersih ok.

Dah 3 tempat aku bawak korang menjelajah USS nih. Ada lagi sambungan nya. Banyak lagi gambar2 yang aku akan tunjukkan dekat korang yang akan membuatkan korang rasa cam jeles dengan aku nak mula berkira2 hari nak pergi sini. (jahat x).kehkeh. Anyway..aku memang suggest kan korang pergi sini pun.
InsyaALLAH next post aku akan updated kan USS part 2. Lebih banyak aksi2 yang mendebarkan. haha ;D Terima kasih kerana sudi baca ;D







Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

At Dak Teropong Studio with Siti Nursyuhada

Assalammualaikum..

Dah lama aku tak updated blog ni, hari2 online tapi macam xada masa nak menaip. Lagipun aku xpandai nak bercerita melalui penulisan, sebab aku lebih gemarkan bercakap secara berhadapan. Tapi xkan lah aku nak bercerita depan semua orang ye dak? kang orang hingat aku ni mental ke pe. Tapi untuk tidak membiarkan blog aku ni dari bersawang, baik aku fikirkan satu cerita yang aku boleh kongsikan dengan korang.

Sebenarnya agak susah untuk memulakan ayat untuk menjadikan sesuatu cerita itu menarik. Lebih2 lagi dah lama aku tinggalkan zaman sekolah ni, dah 5 tahun dah. Karangan BM dulu teror je, sekarang nak cakap pun dah xreti..hampeh tol. Menyesal tak amek diploma dalam bahasa melayu..err.. (-_-")

Aku tak hingat bila tarikhnya aku berminat ke arah makeup artist atau dengan kata singkatannya MUA. Yang aku tahu, tetiba je aku dah membeli barang2 makeup yang kemain banyaknya. Siap ada bisnes kad wa cakap sama lu. Macam nak siyes giler ke arah MUA ni. Tapi selama seminggu muhasabah diri aku, aku jadikan minat ni sebagai kerja sampingan aku di masa2 lapang je. Terasa best lak menenyeh muka orang and bila dah habis tetiba terasa bangga lak kalau orang tu puji..cantikk! OMG, terasa macam nak tanggalkan balik makeup kau tu meh aku tenyeh lagi bagi dabomb! Ianya menjadi satu kepuasan bila tengok hasil kerja yang kadang2 masih xpuas hati. Manusia..biasalah.. heee -_-"

Jadi untuk menunjukkan lagi skill yang aku ade nih, (berlagak jap).. aku attend 1 event anjuran kakak yang sangat comeyy sys Eriqasz untuk projek Inspirasi Gaya di Dak Teropong Studio KLIK SINI . Dan yang menjadikan aku lebih excited aku dapat tahu salah seorang model yang ada sys Siti Nursyuhada. Alaaaa.. tipu arr korang xkenal siapa nih.. Finalis Dara.com u ollss! OMG! aku sebenarnya dah lama minat sys nih sejak dia jadi cover girl majalah dara.com tu.


Nah! tu die. Korang tau x disebabkan aku terlalu excited jumpe sys Syuhada nih, sys Syuhada dengan rela hati menyerahkan muka nya untuk ditenyeh oleh aku. Masa tu hanya Tuhan je yang tahu betapa gigilnya tangan dan jari jemari ku ini. heee. >_<" Sys Syuhada berkulit cerah, memang dah cantik, senang nak makeup, dan memandangkan aku masih baru, entah bape banyak kali agaknya aku cakap sori dekat sys Syuhada nih. Dengan suara dia yg sweet macam gula2 dia cakap.. xapee sebanyak..beberapa kali..xhingat.

Masa tu aku rasa hasil kerja aku masih lagi tak memuaskan hati aku. Dalam masa yang sama, sys Erikqasz masih xpercaya aku dah tukar profession. Yelah dari Talent yang biasa2 tetiba jadi MUA. Photog2 yang kenal aku pun kehairanan. Korang heran, aku lagi heran. Nape ntah tetiba -_-"



Heee..kalau korang perasan, semua gambar sys Syuhada aku mesti ada. Musti arr weyh. Bukan senang nak bergambar dengan Finalis Dara.com nih. Sambil bergambar sambil tu aku bermain2 dalam studio Dak Teropong nih. Sangat selesa studio dia. ^_^


Err.. tak ada motif pun letak gambar nih, aku je yang perasan. Kenapakah kena aim cengginih.. heee >_<


Barisan para MUA. Ok.. aku tahu apa yang korang akan cakap. baek.. aku terima 'kelebihan' diri aku. Terima kasih!


Di sebalik tabir pembikinan studio photoshoot di Dak Teropong Studio . Memang bersepah, teknik gambar yang baek sebab tu nampak macam cantik. haha ;D

Anyway..lepas je dapat pengalaman cengginih. Aku menanamkan azam untuk lebih menghaluskan hasil kerja aku, aku kne lebih berusaha mencari mangsa2 untuk aku conteng muka mereka. Ada tak sesiapa yang sanggup??

Aku minta maap sebab updated cite yang dah lama nih. Tapi ni pengalaman pertama aku sebagai Freelance MUA. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat aku untuk makeup kan korang, and korang rasa sanggup untuk di tenyeh2 oleh aku, sila call 0129113661. Promote jap, ngeh..ngeh ;P

Oklah, aku dh pening ni, bular2 bijik mato den menaip dari tadi. Amek maso bapo lamo gilorrr den nak menyusun ayat. At last! habih gak. Timo kasih pado yang sudi baco. Wassalam.


Gambar last ni xde kaitan dengan makeup2. Just sebagai penutup post kali ni. 
Tudung dari RADIUSITE
Baju Kurung, Beg tangan dan kasut SDN BHD. HAHA ;D