my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Sunday, May 20, 2012

Impian

Assalammualaikum ^_^

Korang2..nak tanya ni, apa yang korang semua impikan dalam hidup ni ye? Jadi Perdana Menteri? menteri kewangan? suri rumah tangga? isteri atau suami yang solehah? nak bina empayar sendiri? atau apa2 yang terlintas di fikiran korang la kan apa yang korang impikan. (apa banyak sangat aku punya korang daaa >_<)

Aku? Impian aku? senang je, ramai pun yang impian mereka dah tercapai. Impian aku nak buka kedai cafe and dessert sendiri ! Ini semua gara2 adik aku yang hamek kos pastry and bakery dan gara2 aku teruja tengok cafe yang cute2 nih! jeles weyhh! sumpahhh! aku macam nak tanya je owner cafe2 tu macam mana diorang dapat idea design kan cafe tu, dan sebenarnya ni pun impian mama aku jugak. Mama memang suka mende yang di kira bisnes kecil-kecilan ni. Tak menge-stress-kan dan happy and sweet je.

Tanpa membuang masa aku meng-google la. Cuci mata tengok design2 cafe seluruh dunia yang comel2 nih. Ada macam2 design yang menarik minat aku. Meh aku tunjukkan pic2 untuk tatapan korang. ^_^





Gambar2 di atas adalah contoh design2 cafe yang aku minat! ohh! sangat teruja. Aku dapat bayangkan kalau aku ada sebijik cafe . hehe (berangan je lebih) . Design2 ni di kira design yang sangat elegant, dan seluruh cafe tu di sajikan dengan muzik2 yang klasik dan romantik! walahh! Korang bayangkan la, aku rasa customer pun tak nak keluar dari cafe aku tu. Err..silap, bukan cafe aku, cafe merekalah. ngeee ;P

Dan aku pun teruja tengok cafe2 yang berkonsepkan kaler-kalerfull nih! macam gambar2 yang aku tunjukkan ni






Hadoiii ! Cair aku weyhh tengok kedai cafe yang kaler2 macam tuh. Aku rasa macam nak suruh je owner kedai tu bagi je dekat aku kedai diorang nih. Kedai cafe macam ni, di tambahkan lagi dengan pelayan2 yang sangat cute and gojes! di serikan lagi dengan uniform pelayan2 tu macam dalam cerita kartun anime jepun Maid Sama ! dan setiap minggu ada tema2 yang berlainan. Perghh! Berumah bertangga aku dekat cafe sendiri..kihkih ! minta maaf la ye, memang macam ni rupa aku bila dah teruja lebih. 



Cute kan?? >_< . Setiap minggu tema akan berubah2. Tema kimono, baju kurung or baju melayu, punjabi, ceongsam, sari..err..susah nih nak pakai, tukar2, koboi, atau apa2 jelah! minggu half price untuk si gadis2, bg gift untuk kaum2 ibu dan bapa yang datang kedai masa hari ibu dan hari bapa, walaweyhh! 

Aku rasa kalau aku tak end kan entry aku kali ni, memang berjela2 la karangan nih. Mungkin akan ada sambungan. hihi ;D well ni adalah sedikit summary pasal impian aku. hehe ;D impian korang lak macam mana ye?? ;)

Terima kasih pada yang baca entry ni ^_^

2 comments:

  1. Leh offer diri jd tkng buat kopi kat kafe kamu nnt

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak. Nak tanya. Adik akak masuk kolej/universiti mana yang menawarkan kos pastry dan bakery?

    ReplyDelete