my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Saturday, May 19, 2012

Minum petang bersama Family ^_^

Assalammualaikum! Ya Tuhanku..dah lama sesangat aku tak meng-updated-kan blog aku yang tak seberapa nih.. ngeee, mungkin lepas ni aku akan aktif berblogger kalau broadband ni diorang tak potong line lagi. >_<

Dalam bulan April sampailah masuk ke bulan Mei ni macam perkara yang dah berlaku. Ada perkara yang menyedihkan, mengembirakan, kecewa, sakit hati, rasa macam nak belasah orang, -ok itu tipu >_<- happy sampai terloncat2, perasaan menenangkan dan sayu. Tapi biasalah itu asam garam kehidupan yang semua orang rasa. Alien p0n rasa apa yang manusia rasa k0tt..kihkih ;P

Aku sebenarnya mempunyai masalah untuk memulakan ayat. Masa waktu sekolah dulu pun, aku nak memulakan ayat karangan BM pun akan mengambil masa dalam setengah jam. Tapi bila dah start aku tak reti pulak nak hentikan ayat aku macam mana..hadoii! Straight to the point ajalah, aku tak pandai nak bermadah helah. haha ;D

Hari tu kan, aku saja bawa mama dan adik aku jalan2 dekat Sri Hartamas Shopping Complex SHSC. SHSC tempatnya agak sunyi mungkin sebab kami datang situ masa waktu bekerja. Penat berjalan2, mama aku ajak singgah minum petang di San Ferri Cottage.


Ramai jugak orang di San Ferri Cottage ni. Aku suka dan tertarik tengok cafe yang sangat2 cute dan comel ni. Nak jugakk kedai macam nih >_<. Ni baru teng0k kedai, belom aku tengok recipe nya. walahh! ;D


Jeng2, nah! ni buku recipe nya. Klasik dan menggoda.haha ;D belek nya belek, pilih nya pilih, aku, mama dan adik aku dah buat kata sepakat hidangan untuk menikmati minum petang kami. ^_^




Pilihan mama! ^_^ gambar di atas adalah Coffee Mezzo Mezzo - RM6.50 dan Chantily Cake - RM6.50. Memang yummyyy ! I like ;D


Pilihan adik aku Dutch Cafe Coffee - RM7.90. Sebenarnya krim putih tu cantik lagi bentuknya, tp disebabkan sekarang ni musim panas, cair terus krim tu..kihkih ;p (ada kaitan ke??)


Si mudak kembar, tapi si kembar dia lagi sorang tak nak ik0t, biasa lah, orang tengah PMS..semua tak nak, ajak jalan dan makan pun tak nak..aku pun tak faham la kadang2..haha ;D


Yeahh! aku pun xleh kalah, hihi ;P Affogato Vanilla Ice Cream + Espresso Coffee - RM10.90. Ais krim ni memang menarik minat aku sebab coffee tu di makan bersama ais krim. Rasa manis2 pahit camtu. ;D


          yummyy! nak pergi minum kat sini lagii. Kali ni mama yang belanja minum. Mekasih mama!! ^_^


Mama (tudung biru) tengah kusyuk berborak dengan kawan mama yang kebetulan ada kat situ sekali. Minuman dan dessert yang family diorang order lagi perghh! segan nak hamek gambar..kihkih ;D


Nah hamek! summary untuk minuman dan dessert yang kami order. Memang Yummy! aku cadangkan korang kalau datang ke SHSC ni, sila ke San Ferri COttage! Harga yang sangat berpatutan. Korang tak kan rugi..insyaALLAH ;D


Tiba masa untuk balik! hehe. Syi0kk sangat2 bawak family jalan2. Antara perasaan aku yang paling menenangkan bila tengok muka family aku bahagia. Syukur alhamdulillah.. ^_^

Sampai di sini saja lah entry aku kali ni. InsyaALLAH ada entry yang mantap2 aku taip lagi. Terima kasih pada sesiapa yang baca ^_^

p/s - aku amek masa 2 jam untuk habiskan satu entry nih. kihkih (>_<")

No comments:

Post a Comment