my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Tuesday, December 25, 2012

Bawal Roses Tutorial


Assalammualaikum.. ^_^

Sekarang ni kan ramai dah yang suka pakai tudung bawal. Bagi aku senang kot nak pakai tudung ni. Lagipun masok sangat dengan muka aku yang bolat nih. Buleh muncung kan seberapa tajam yang korang nak. (apa ayat aku nih). Cuma yang bezanya, tudung bawal ni ramai yang dah buat experiment atas ke-kreatif-an orang2 zaman sekarang. Macam2 pesen dan gaya yang diorang semua gayakan dengan tudung bawal. Contoh, gaya tudung bawal yang macam Najwa Latiff pakai.

(Amek gambar ni dekat google)

Masa hari raya tahun ni, aku tetiba macam teringin nak pakai tudung bawal ni. Tapi aku xde pulak nak search kat Youtube Tutorial gaya2 tudung bawal yang bez2. Tak terfikir langsung. Asek pikir nak raya je. Sudahnya, pakai letak kat kepala je. Dah habis raya baru nyesal sebab dah terteng0k macam2 jenis gaya tudung bawal. Sedih lagi. 

Tudung bawal yang aku beli dekat Uptown Danau Kota tu jenis yang ada roses tepi2 dia tu. Dua helai aku beli. Dengan bangga diri, aku nak kasi tunjuk sikit cara2 nak pakai tudung bawal roses ni. Lets check it out bebeh! 

video

Haa, kemain lama lagi tutorial ni. Nak meng-upload-kan video ni pun lama la jugak kan. Sampai dah masak meggi aku, dah habis makan siap hirup2 sup die bagai, baru 55%. Semua ini menguji tahap kesabaran ya amat. Bila tengok balik video sendiri, sengih sorang2 dan mula timbul syak wasangka, aku sebenarnye macam ni ke??  

Ok, hope you girls enjoy tutorial ni dan jadikan sebagai pedoman dan panduan hidup korang. Haa, sampai macam tu sekali kan. Anyway, terima kasih sebab habiskan masa korang menonton ini tutorial. Selamat mencuba.Gud luck! 


Monday, December 24, 2012

Medical Check-up


Assalammualaikum..

Hari tu aku cuti panjang.. tak lah panjang sangat sampai sebulan dua bulan, 4 hari je pun. Tapi syiok nye tak terkira. Bukan senang orang kerja nurse ni nak dapat cuti. Kena tengok orang len punya jadual jugak. Kalau mana yang dah awal2 request cuti, memang xdapek la den nak nolong eh doh. Jadi, untuk tidak berasa kecewa dan menangis sedu sedan sebab tak dapat cuti, awal2 dua bulan lepas aku dah mintak cuti, dan yang paling penting aku pun tak tahu kenapa aku pilih tarikh yang bukan2 untuk cuti. Weekdays lak tuh.

Cuti2 ni of cozz aku balik Nilai. Jumpe ibu bapa dan keluarga yang tersayang. Nampak je muka mama depan pintu sambut aku balik, muncul satu perasaan lega dan... mama semakin di mamah usia.. dan xpernah buat check up lagi. Bahaya2.. aku kena buat sesuatu.

Aku menyuarakan hasrat aku untuk ajak mama buat medical check up dekat mane2 hospital. Memandangkan aku cuti dan banyak free time baik aku gunakan masa itu dengan sepenuhnya. Jadi kami memilih Columbia Hospital Setapak. Hamek ko! kemain jauh lagi dari Nilai ke Setapak. Bukan apa, alang2 pergi check up tu jalan2 la sekali. Mama aku pun bukan selalu redah KL tu. 

Di pendekkan cerita, pukul 9 pagi lagi kami dah sampai di Columbia Hospital Setapak. Terkedu gak aku. Cantik dalam dia. Teringat dulu Encik Bestfriend pernah suruh aku minta kerja dekat sini. Kedegilan aku yang melampaui batas tu yang aku buat tak tahu je, sekarang aku dah di ketawakan oleh beliau dan mama aku sendiri! Ok,lupakan pasal tu. Aku amek pakej untuk mama, 28 jenis Blood Test + Mammogram. Haaa, semua tu memang penting. 

Kami di layan oleh kakak Receptionist yang sangat peramah. Time kasih kakak. Beliau menunjukkan tempat di mana darah mama aku akan di sedut menggunakan jarum yang sangat tajam ke dalam syringe yang besarr.  Mama aku dah kecut. Haha, elek mama elek. Oh ya, nak pesan, kalau nk buat Full Blood Test ni korang kena puasa dari pukul 12 malam sebab nak check kadar kolestrol dalam darah. 



Gambar kurang cantik sebab amek guna bb je. Ni la Lab dia. Besar bapaknya. Kalah Lab spital aku.


Mama dengan gagah nya menunggu giliran. Sambil baca surat khabar dari arab. Mama cakap tengok gambar ajelah. Haha


Gunakan masa yang ada tu dengan baca novel. Yess Boss! Boleh tahan la jalan cerita nya. Sama je kalau cerita2 cinta nih, aku beli pon sebab kecewa novel Aku Bercerita dari Ramlee Awang Mursyid tak kuar2 lagi.


Haaa! ni dia. Mama cerita vein mama orang lab tu xdapat nak detect sebab halus sangat. Nasib bek tak cucuk banyak2 kali. Sambil2 tu mama berdoa harap keputusan darah mama semua ok. InsyaALLAH. 


Lepas amek darah, kakak receptionist tadi bawak kami pergi bahagian Radiology pulak. Nak buat Mammogram. Umur macam mama sesuai dah nak buat test ni. Mammogram boleh di buat pada wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Untuk detect apa2 yang abnormal dekat breast macam lump atau sel2 kanser yang aktif. Lepas Mammogram, kami tak lengah lagi untuk mengisi perot yang semakin kempis. Mama aku puasa dengan aku2 skali puasa. Lagipun, kakak receptionist tu kata keputusan semua akan siap dalam masa 1 jam. Kitorang terus terjah kedai mamak sebelah spital tu

Tak sampai satu jam keputusan dan siap. Ada nurse bawak kami jumpe dengan doktor untuk bagi health teaching dekat mama. Syukur alhamdulillah, semua ujian darah dan Mammogram mama NORMAL! kecuali kolestrol, tggi sikit. Bacaan normal kolestrol dalam darah adalah 5.2 mmol/L. Bacaan mama 5.8 mmol/L.Tinggi sikit dari yang biasa. Doktor nasihatkan mama supaya kurangkan makanan yang berminyak, banyak kan minum air putih dan sentiasa bersenam ik0t kemampuan. Okeh! pas hbs semua medical check up, time tok berjalan!

Kami singgah dekat Kuala Lumpur Festival City Mall, sebelah je dengan spital ni. Dekat jugak dengan opis Encik Bestfriend. Mama shopping sandle baru, sebab cantik dan selesa dan murah! Shopping barang2 tadika sikit dekat Kaison! Dekat kedai ni kami ber-stesen paling lama sebab barangan dia cantik2 belaka!


Aku suka beg kertas nih! comey, ciut miut, wane pink polkadot n paris! Keinginan untuk memBeli beg kertas ni tanpa tujuan itu nafsu dan membazir.. memang cantikk.. tapi.. terpaksa ku lepaskan jua. 


"Every morning tell yourself that you are getting better and better" . Suka ayat nih! Ni buku nota. Cantik dan nampak antik. Tak beli pon, amek gambar je. Membazir beli tanpa tujuan. Setan2 dah mengaku kalah dah.

Puas berjalan2, mama kata nak minum2 je. Kami singgah minum di stall Delifrance. Aku order Lasagna + Coffee Latte, mama lak Blueberry tart + Starwberry and Manggo ice Tea. Sini self service, kena order dekat kaunter.




Setelah makanan semua siap, dengan semangat berkobar untuk amek gambar makanan tersebut, tiba2... screen bb aku gelap. Ok pahammm... bateri dah mati. Tak dapat nak amek kelazatan makanan kat situ! Damnn! 

Masa nak balik, cepat2 charge hp dalam kereta, tapi makanan tu tengah hadam dah dalam perot. Takpe! nanti nak repeat dengan Encik Bestfriend! tak kira! 


Sempat Pose depan cermin! 

Terima kasih sebab sudi baca! ^_^


Monday, December 10, 2012

Kerja Aku

 
Assalammualaikum...
 
 
"Best ke kerja nurse?", soklan yang sering aku dengar dari kengkawan, sedara mara dan orang2 yang baru aku kenal. Jawapan aku
 
"Ntah"
 
Bukan nak jadi sombong ke pe, tapi sebenarnya dah tak larat nak jawab. Lagipun aku tak nak nanti aku dah start cerita panjang lebar tapi diorang buat muka selumber dan pastu tukar topik lain. Sedih tahu. Sebab tu kalau orang tanya aku kerja apa aku jawab dengan gah dan bangga nya
 
"Saya kerja NURSE!"
 
Lepas tu diorang diam sebab dah dapat jawapan kerja nurse tu best dengan cara dan gaya aku jawab tu. Korang paham x? Tak paham g baca banyak2 kali. Cuba kalau aku jawab...
 
"Saya kerja nurse jeee....''
 
Tak ke orang akan rasa... err...ok.. xbest ke kerja nurse. Haaaa, dah muncul dah soklan2 ke 2 seterusnya ke 3 buatkan orang tu akan terasa hati dengan aku sebab aku dah buat muka malas nak layan. Kena pandai reverse psikologi seseorang, betol x? aku rasa kalau mak cik2 clearner tu jawab macam ni
 
"Saya kerja CLEANER!"
 
Sumpah orang lain akan tergamam dan akan memakai cermin mata hitam sebab tengok mata mak cik tu bersinar2 sebab bangga dengan kerja dia. Baru korang tahu betapa bestnya kerja cleaner ni. Kerja halal di sisi ALLAH, aku xnampak kat mana hinanya kerja diorang. Tandas2 awam dekat negara kita ni, tanpa mereka yang dok mencuci dan menyetal mende2 alah tu sape lagi nak buat? Emo kejap.
 
Kembali ke topik Nurse. Aku pun xpasti kenapa aku pilih Nurse. Dulu masa kecik2 cikgu tanya nak jadi apa, student mesti cakap nak jadi doktor, peguam syariah, tokey kedai emas, ketua kongsi gelap, tiba time aku, aku jawab ''saya nak jadi isteri solehah cikgu", jadi bahan gelak aku pastu. Aku heran, ada yang cakap nak jadi ketua kongsi gelap xpulak diorang bahan.. ok aku paham.. nanti rumah diorang kene simbah cat merah.
 
Jadi untuk tidak memanjangkan cerita meh gua kasi tahu lu suma apa "Best" nya jadi jururawat!. Ianya berbentuk QandA
 
1. Best x jadi nurse? (soklan general)
Jawapan : best! kena maki, kena marah, kena jerkah, kena kutuk. Tapi lagi best kalau dengar ayat "terima kasih misi", tak kesah la baru lepas kena maki ke. Xyah bagi ayat-ayat cinta aku dah cair dah.
 
2. Tak jijik ke cuci T**k orang? errwwww
Jawapan : Jijik, eerrrrwww (ikut balik gaya orang yang tanya tu) siapa kata tak tu memang bukan orang. Tapi kerana keikhlasan dalam bertugas dan ambil sebagai practice untuk jaga mak dan ayah kita bile mereka sakit atau dah tua. Xrasa jijik pun. Xde perasaan dah tengok. Dalam hati siap cakap, eleh..macam cuci coklat cadbury je ni.
 
3. Tak pengsan ke tengok darah banyak2?
Jawapan : Memula tu agak la, lagi2 kerja dekat bahagian Labour, memang sebakul darah arr korang tengok, dengan bau hanyir lagi, tapi lama2 dah tak bau apa dah. Sebab tu orang tanya "ko ade bau durian tak?" Aku jawab ''xde, aku bau darah je''
 
4. Tak penat ke?
Jawapan : uishh! TAK pun. Angkat pesakit, lari satu ward, jerit2 soh pesakit 'push'!, sambut baby, selamatkan baby yang semakin tak bernyawa, cek pesakit setiap setengah jam, bawak pesakit pergi tandas, memang tak penat kalau kita ikhlas.
 
5. Kenapa nak jadi nurse?
Jawapan : Dah tertulis di Luh Mahfuz memang aku di jodohkan dengan kerja ni. (ecehh)
 
Haa..tulah dia sebahagian soklan2 general pasal kerja aku ni. Kadang2 memang rasa nak benti je kerja nurse, bek aku kerja opis2 ke, mengadap kertas dan komputer, xyah kene bebel dengan doktor, dengan pesakit yang fussy gilerr ya amat, jadikan kita macam maid diorang, dengan matron lagi. Tapi, semua tu mengajar aku menjadi seorang yang sangat bersyukur sebab aku tahu apa yang orang xtahu. Sebab ilmu bahagian perubatan memang sangat luas. Ada penyakit yang tak pernah kita tahu sakit apa kita yang tahu dulu. Kena maki kena marah ke, pedulik kan sume tu. Anggap macam lalat yang berterbangan, memang merimaskan tapi  kalau dah wangie dan mandi lalat xdatang pun. Sama macam hati, kalau hati bersih, jadikan makian dan marahan orang tu sebagai semangat kita untuk lagi berusaha dan terus berusaha.
 
Dan yang paling penting kerja nurse ni kena ikhlas. Kalau aku buat xbaek dekat pesakit aku, mana tahu satu hari nanti family aku atau aku sendiri yang terkena dengan kejahatan yang kita buat tu. Sumpah aku xnak. Sebab itu aku akan sentiasa mengikhlaskan hati ni walaupon kadang ragam pesakit tu buatkan aku cam, haishh..aku cocok ko kang dengan jarum besar kang. Niat je, malaikat Raqib xtulis lagikan selagi kita xbuat..heee, Nauzubillah, minta simpang dengan niat2 yang macam tu. Semoga ALLAH permudahkan.
 
Jadi! jadilah nurse ! memang Best! (thumbs up)
 
Sekian...terima kasih
 
Yang benar
Nurazlili aziz
 
 


Thursday, December 6, 2012

Cerita Bosan AKu

Assalammualaikum..

Dah lama jugak aku tak updated blog ni di sebabkan tidak membayar 'berokband' dan ini membuatkan aku melopong tetiap hari kalau balik rumah sewa. Dahla TV pon rosak terbakar. Apa lagi hiburan yang ada selain tidur je manjang. Badan pon makin naik dan jerawat makin berleluasa mengembangkan kuasa nya di daerah2 muka yang masih bersih nih. Haishh.. Dengan kerja shift xmenentu, malam ni kerja ttbe besok kerja petang lak, lusa pagi. Tak ke mata dan otak aku setiap hari terkejut walaupun dah setahun setengah kerja. Effect dari kerja shift x menentu menyebabkan hormone aku pon turun naik.. adeyhh 

Tetiba satu hari, ada sorang staff member tegur..

Member : 'Eh! lili ! kenapa muka U makin putih?? Baru 2 minggu I cuti kawen U lak makin cerah I tengok..    
Aku       : Err... (belum sempat aku nak explain)
Member : Apa rahsia nya?
Aku       : Err... 
Member : Bagitahulaaaahhhh 
Aku       : ( Aku nak bagitahulahh tapi kau yang cakap macam kilat) Rahsianya, kerja double shift setiap hari 
                dalam ward ni, dari pukul 7 pagi sampai 9 malam, xkena cahaya matahari langsung! Putih la U. 
Member : (-_-") 

Memang muka korang akan putih, tapi putih yang bukan jenis berseri tapi yang jenis kusam pucat nya. Pakej wa kasi sama lu. Yelah, lebih2 lagi kerja doube shift, contoh nya eh, kerja shift pagi + petang = 7pgi - 9mlm. Kerja of coz dalam bangunan, masuk kerja xnampak matahari, balik kerja pun sama. Mana kulit xputih. 

Sikap dan tabiat yang paling aku xsuka dekat diri aku sendiri, aku ngaku yang aku memang boros. Sumpah. Tengok tu nak beli tengok ni nak jugak, gelojoh memilih dan membeli. Lagi2 sekarang shopping hanya di hujung jari anda. Akibatnya Hujung bulan kembali melopong sebab duit dah habis. (-__-") Tahniah! Syabas! Padan muka aku. -time kasih- 

Untuk tidak kembali boros, dengan semangat yang sangat berkobar2 aku sambil kepol2 kan jari jemari, aku bagi kad rimau aku dekat Encik Bestfriend untuk simpankan dan sekaligus aku melantik beliau sebagai Penasihat Kewangan aku. Aku terima penerimaan beliau dengan gelengan kepala. Bukan tanda tak setuju tapi tanda 'apa laa nak jadi dengan kau nih' . Tahniah untuk aku sekali lagi ! 

Sejak 2 menjak ni, banyak sangat jemputan kahwin aku dapat. Kawan yang aku tak sangka2 akan kahwin pun dah pergi honey2moon dah sekarang. Tapi semua jemputan kahwin banyak yang aku tak dapat nak hadiri di sebabkan keCINTAAN aku terhadap hospital ni makin membuak (penipu). Tak dapat nak bergaya sakan. Tak dapat nak rasa makanan kenduri yang sedap2 dan berlemakk. Tak dapat nak cuci mata tengok pengapit pengantin lelaki, tak kan nak tengok dan tatap pengantin lelaki, kang ada yang kena panahan petir. Semua tak dapat.

Hari tu tetiba je mama aku bersuara

Mama : Mama nak and harap sangat kak lin bertunang tahun depan.
Aku    : Purrrrrggh (tersedak air Milo panas yang aku baru nak menikmati, terok benar bunyi nya, mama aku
            sambung lagi)
Mama : Tunang dulu pastu baru ada semangat nak kumpul duit tok kawen
Aku    : Nanti kak lin kawen sape nak jaga mama?
Mama : KAU dengan laki ko laaa jaga mama. Mudakk nih!

Hampir setiap hari aku on pesbuk, korang jangan tanya dekat mana aku online, kang ada orang tu yang tak pasal-pasal kena buang kerja. Setiap kali dinding pesbuk tu tertera, mende 1st thing aku tengok dan baca

"Bahagianya aku di hari Perkahwinanku"
"Doakan semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat"

OK, bosan.. scroll bawah sikit...

"Tema Pink untuk hari persandingan kami"
"Tak pernah pakai makeup tebal2, hari perkahwinan je dapat''

AKU : (-_____-")

Untuk tidak mengaku kalah dengan mereka, aku pun nak jugakk..


Nah! Tema turquoise dengan pink u ! Tapi aku xpaham something, gambar ni adakah pre-wedding, on the wedding atau post-wedding? Tanpa 'suami' lak tuh. haii..

 Memandangkan banyak sangat cerita2 aku yang bosan2 nih, bek aku diam dah. Makin tension je sebenarnya taip post nih. Tapi tak nak bagi blog ni tertunggu2 dengan post aku sebab tu aku mengagahkan jugak jari jemari ini untuk menaip. Ikhlas dari hati!

Kata-kata semangat yang sampai sekarang buatkan aku gagah meneruskan kehidupan (ecehh) ialah.. Doa, Usaha dan Tawakal. InsyaALLAH.. Doakan semoga perjalanan hidup aku di permudahkan, doa semoga di pertemukan dengan suami yang hemsem dan mampu membimbing aku, doa semoga naik gaji, doa dapat beli rumah sendiri, pastu dengan doa tu aku berusaha sakan yang masih belum mencapai tahap AD pon belom sebab sentiasa lagi, but no problem, hidup memang macam tu an? dah usaha then tawakal pada Yang Maha Esa.. Tanpa DIA siapalah kita di muka bumi ini.. Walaupon Allah tak dapat nak baca post dekat blog aku ni, tapi DIA sentiasa mendengar doa-doa dari hamba2NYA...

Sekian post kali ni. Terima kasih sebab sudi julingkan mata korang untuk baca. Tahniah!