my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Saturday, November 17, 2012

Surah Al-Waqiah


Assalammualaikum..

Dulu start dari aku sekolah rendah, papa dengan mama aku selalu pesan dekat kami adik beradik, lepas solat selalu amalkan baca Surah Al-Waqiah. Biasa lah masa budak2 hingusan dulu, mana nak ikut sangat cakap mak ayah, lagipun masih tak terfikir untuk tahu dan ertikan makna dan fadhilat yang terkandung dalam surah pilihan ni. 

Then suatu hari, Ustaz Pelatih yang sangat hemsem...heee, (masa aku kat sekolah dulu arr, semua student akan terpikat dekat cikgu2 lelaki pelatih yang hemsem, termasuk arr aku sekalikan) Ustaz ni suruh kitorang hafalkan Surah Al-Waqiah ni bersama erti dan makna nya sekali. Ahh..sudah.. geng2 hafazan toksah cakap arr, diorang yang melulu dulu pergi serbu ustaz hensem tu. Di sebabkan ustaz yang hensem tu jugak aku pulun hafal habis dengan erti nya sekali. Then! Baru aku realize betapa besar maknanya dan fadhilat surah Al-Waqiah ni sebenarnya.


Al-Waqiah bererti 'Hari Kiamat' yang diambil dari ayat pertama surah ni. Isi2 yang terkandung di dalam surah ni menceritakan tentang huru-hara pada hari kiamat, hari kebangkitan, hari hisab, gambaran syurga dan neraka dan 3 golongan manusia. 

Golongan Pertama - hamba2 ALLAH yang ALLAH segerakan mereka masuk ke syurga tanpa di hisab 
Golongan Kanan - hamba2Nya yang beriman ke jalan ALLAH
Golongan Kiri - Manusia2 yang berbuat maksiat, kemungkaran dan kejatahan.

Antara fadhilat surah pilihan ini

1. Kalau korang pada pada setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan di timpa kepapan yakni kemiskinan.
Nabi SAW pernah bersabda

" Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa padanya kepapaan. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu'


2. Imam Ja'afar ra pun pernah berkata

" Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, maka ALLAH akan mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah Al-Waqiah di waktu pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnahnya, malah kefitnahannya itu akan kembali pada orang itu''

Itu di antara fadhilat2 surah pilihan ni. Baru aku tahu kenapa mama dengan papa bersungguh2 suruh kami adik beradik amalkan surah ni. 

Alhamdulillah..sampai sekarang aku masih amalkan surah ni dan aku merasakan bahawa, rezeki yang ALLAH berikan bukan sahaja dalam bentuk duit ataupun kemewahan, tetapi dari semua sudut, rezeki di sehatkan tubuh badan, rezeki kebahagiaan keluarga, rezeki kebahagiaan hidup dengan kawan2, rezeki apa yang kita nak dapat je, berkahwin, dapat cahaya mata dan setiap permasalahan insyaALLAH pasti ada jalan penyelesaian dan hikmah nya, itu juga dikira rezeki yang ALLAH kurniakan pada hamba2NYA. Kesimpulan daripada fadhilat surah ni aku rasa korang pun dah boleh tahu. Surah ini adalah surah yang mendatangkan rezeki pada kita. Tapi.. mestilah dibaca dengan hati yang bersih dan dengan niat yang betul kita berdoa, usaha mencari rezeki dan bertawakal padaNYA. Selain dari surah ni amalkan juga Solat Sunat Dhuha ^_^

p/s : akhir sekali dapat jugak aku hafal surah ni dan maknanya sekali depan ustaz hensem tu. hihi ;p markah penuh tanpa gagap! hoyehh! eh..syukur alhamdulillah.. heeee

Terima kasih kerana sudi baca 

No comments:

Post a Comment