my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Tuesday, November 20, 2012

Radiusite Halfmoon Shawl Tutorial

Assalammualaikum..

Aku tiba2 sangat rajin untuk record dan edit 1 video Tutorial shawl Halfmoon dari Butik Radiusite yang jadi trend awek2, adik perempuan, kakak, mak, mak cik korang semua pakai. Bukan korang je yang minat, aku pon. Terasa macam hari2 nak pakai tudung macam ni. Lagi2 bila tengok Heliza Helmi yang pakai. CUN! >_<



Memandangkan aku memang meminati beliau, aku record khas 1 tutorial cara nak pakai tudung macam ni. Bukan susah pun sebenarnya. Sonang wak ang! haha ;D 


Haaa! tu diaaa.. haha ;D sory la banyak yg silap dan tak kena. Macam2 gaya korang buleh buat hanya gunakan satu shawl tu je. Sesuai untuk attend mana2 event, kawen ke, tunang ke, dinner ke, photoshoot ke, jalan2 cari pakwe ke?? haha ;D what so ever la kan. At the same time menjadikan korang muslimah yang menepati cita rasa menutup aurat. Jadi! selamat mencuba! Semoga kita bertemu lagi pada hari dan waktu yang berlainan! (apsal cam gampang lak ayat aku nih >_<) err.. time kasih sebab menonton! heee





Saturday, November 17, 2012

Surah Al-Waqiah


Assalammualaikum..

Dulu start dari aku sekolah rendah, papa dengan mama aku selalu pesan dekat kami adik beradik, lepas solat selalu amalkan baca Surah Al-Waqiah. Biasa lah masa budak2 hingusan dulu, mana nak ikut sangat cakap mak ayah, lagipun masih tak terfikir untuk tahu dan ertikan makna dan fadhilat yang terkandung dalam surah pilihan ni. 

Then suatu hari, Ustaz Pelatih yang sangat hemsem...heee, (masa aku kat sekolah dulu arr, semua student akan terpikat dekat cikgu2 lelaki pelatih yang hemsem, termasuk arr aku sekalikan) Ustaz ni suruh kitorang hafalkan Surah Al-Waqiah ni bersama erti dan makna nya sekali. Ahh..sudah.. geng2 hafazan toksah cakap arr, diorang yang melulu dulu pergi serbu ustaz hensem tu. Di sebabkan ustaz yang hensem tu jugak aku pulun hafal habis dengan erti nya sekali. Then! Baru aku realize betapa besar maknanya dan fadhilat surah Al-Waqiah ni sebenarnya.


Al-Waqiah bererti 'Hari Kiamat' yang diambil dari ayat pertama surah ni. Isi2 yang terkandung di dalam surah ni menceritakan tentang huru-hara pada hari kiamat, hari kebangkitan, hari hisab, gambaran syurga dan neraka dan 3 golongan manusia. 

Golongan Pertama - hamba2 ALLAH yang ALLAH segerakan mereka masuk ke syurga tanpa di hisab 
Golongan Kanan - hamba2Nya yang beriman ke jalan ALLAH
Golongan Kiri - Manusia2 yang berbuat maksiat, kemungkaran dan kejatahan.

Antara fadhilat surah pilihan ini

1. Kalau korang pada pada setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan di timpa kepapan yakni kemiskinan.
Nabi SAW pernah bersabda

" Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa padanya kepapaan. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu'


2. Imam Ja'afar ra pun pernah berkata

" Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, maka ALLAH akan mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah Al-Waqiah di waktu pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnahnya, malah kefitnahannya itu akan kembali pada orang itu''

Itu di antara fadhilat2 surah pilihan ni. Baru aku tahu kenapa mama dengan papa bersungguh2 suruh kami adik beradik amalkan surah ni. 

Alhamdulillah..sampai sekarang aku masih amalkan surah ni dan aku merasakan bahawa, rezeki yang ALLAH berikan bukan sahaja dalam bentuk duit ataupun kemewahan, tetapi dari semua sudut, rezeki di sehatkan tubuh badan, rezeki kebahagiaan keluarga, rezeki kebahagiaan hidup dengan kawan2, rezeki apa yang kita nak dapat je, berkahwin, dapat cahaya mata dan setiap permasalahan insyaALLAH pasti ada jalan penyelesaian dan hikmah nya, itu juga dikira rezeki yang ALLAH kurniakan pada hamba2NYA. Kesimpulan daripada fadhilat surah ni aku rasa korang pun dah boleh tahu. Surah ini adalah surah yang mendatangkan rezeki pada kita. Tapi.. mestilah dibaca dengan hati yang bersih dan dengan niat yang betul kita berdoa, usaha mencari rezeki dan bertawakal padaNYA. Selain dari surah ni amalkan juga Solat Sunat Dhuha ^_^

p/s : akhir sekali dapat jugak aku hafal surah ni dan maknanya sekali depan ustaz hensem tu. hihi ;p markah penuh tanpa gagap! hoyehh! eh..syukur alhamdulillah.. heeee

Terima kasih kerana sudi baca 

Sunday, November 4, 2012

SPM

Assalammualaikum...

Wahh.. minggu pelajar Form 5 amek SPM. Kak Lili nak ucapkan good luck dan all the best ok?. Baca doa dan tawakal. Kak Lili tahu yang adik-adik semua dah study habis-habisan untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan! So, stay focus and relax ok?

Bercerita tentang SPM, aku rindu lak zaman-zaman alam persekolahan ni. Dulu masa sekolah aku bukanlah pelajar yang boleh di jadikan pelajar contoh. Belajar pun ala kadar walaupon xpernah ponteng sekolah. Tapi selalu xbuat kerja sekolah yang cikgu bagi. Selalu kena marah. Denda paling 'best' aku pernah berdiri depan kelas sebab xsiap kerja sekolah dan masa tu ada abang Form 6 yang aku admire lalu pulak depan kelas. Adeyhh.. sengih dan tunduk muka je la yang aku mampu. 

Post kali ni bukan la aku nak memalukan diri aku sendiri, cuma ingin menceritakan pengalaman, asam garam pahit manis yang aku lalui masa alam persekolahan. Aku ingat lagi masa Form 1 sampai Form 2, cikgu matematik aku, di sebabkan ketidaksukaan aku pada subjek matematik ni setiap kali kelas beliau mesti beliau akan suruh aku bangun dan duduk atas lantai depan papan hitam tu. Time tu punya malu Tuhan dan papan hitam tu je yang tahu. Aku sorang je lak tu. Nasib baik tudung sekolah aku yang labuh dan ke depan tu mampu untuk menutup muka aku. Biasa lah, masa Form 1, xreti lagi nak pakai tudung cun2, senget2 belaka tudung aku. Haha. Kembali pada cerita matematik aku tu, memang aku akan sentiasa dapat markah yang paling rendah. Beliau la cikgu yang paling aku ingat sampai sekarang. Hehe..

Perkara yang aku kira teror masa sekolah dulu adalah permainan catur. Perghh, catur dengan aku macam xleh dah nak dipisahkan. Cikgu matematik aku pun agak hairan la. Sebab kebanyakkan cikgu2 cakap orang yang teror main catur ni seorang yang sangat pandai dalam pelajaran matematik. Aku sendiri pun xpercaya. Yang aku tahu bila aku main catur tu aku rasa macam menyusun strategi perang, bukan macam kira formula matematik pun. Mungkin ni semua darah askar dari papa aku yang mengalir dalam darah aku ni..kihkih.. Mungkin.. (-__-"). Minat aku terhadap permainan catur ni aku sampai la ke tahap mewakili negeri sendiri. Teror x? teror x? tapi xteror jugak kalau matematik asek failed. errr...

Masa sekolah dulu, aku berbadan besar jugak. Berat badan aku masa tu 55kg compare dengan sekarang 46kg. Rahsia dia? Nanti2 la aku cakap. So, memandangkan badan pun berat, ada hati tu nak pakai cantik2 dan sumpah masa tu aku memang xpandai nak berfesyen. Pakai baju kuar jalan2 pun kira baju yang boleh memalukan diri aku sendiri. Start on that day, aku rasa badan aku ni memang xboleh bla, aku menanamkan azam untuk kurus! Jyeahh! Inilah rahsia dia kengkawan dan adik-adikku sekalian. It is Jogging.

Yupp! Setiap hari lepas habis sekolah je, mesti aku habiskan masa aku dekat tasik2 yang ada trak jogging tu. Di sebabkan setiap hari muka aku je dekat tasik tu, ikan-ikan tu pun macam dah menyampah je tengok muka aku. Yelah, dah pakcik2 yang dok memancing situ selalu xdapat seekor ikan pun bila aku berjogging. Bila aku tak ada banyak je pakcik2 tu dapat ikan. Sedihh gak arr rasa. Tapi ada aku pedulik, lantak kau la ikan. Jog punya jog, lari nya lari, sampai semua pertandingan olahraga long distance dan merentas desa semua aku yang bolot habis. Dari situla berat badan aku turun kg demi kg. Dari 55kg - 46kg. Tapi kadang2 naik turun gak. Yelah dah semua makanan aku melantak xkira masa. 

Setiap kali bangun pagi nak pergi sekolah, aku merungut bila la nak habis sekolah ni, maksud aku bila la nak tamatkan zaman persekolahan ni. Selama 13 tahun bersama dengan sekolah plus tadika sekali, akhirnya pada akhir tahun 2007, aku betol2 berada di depan pintu masuk dewan peperiksaan untuk amek SPM. Ya Tuhanku, masa tu macam2 perasaan yang ada. Muncul satu persatu wajah orang2 yang aku sayang, macam nak berperang lak. Memang perang arr tu! Baru nak menyesal tak belajar matematik betul2 dulu. Asek sebuk dengan catur dan program menguruskan badan tu. Tapi akhirnya aku berjaya habiskan semua exam2 tu.

Sekarang.. dari zaman sekolah dulu masuk pulak zaman kolej dan sampaila aku dah ada kerja yang tetap sekarang, ada macam2 perkara yang mengajar aku. Penat lelah menjadi seorang pelajar. Setiap seorang ada pengalaman masing2 yang menjadikan diri mereka lebih matang. Walaupun dah 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan, tapi kalau di takdirkan ALLAH bagi aku pilih kehidupan apa yang aku nak, aku akan memilih zaman persekolahan aku, untuk aku lebih menghargai hari2 berada di sekolah, tapi siapa lah aku untuk mengubah takdir ALLAH. DIA yang lebih mengetahui setiap sesuatu.. 

Haaa..panjang lebar lak post aku kali ni. Bukan selalu. teheee ;D anyway! terima kasih sebab sudi baca post nih! 


P / S : Time Form 5, suci gilerr muka aku masa nih.kihkih >_<"

Saturday, November 3, 2012

Minaz Boutique AWESOME!

Assalammualaikum...

Hari-hari aku menjenguk si Muka Buku dgn blog ni ha. Makin lama aku rasa facebook ni semakin bosan lak. Aku tak tahu nak post apa, nak stalker siapa. Tangan ni dah gatal dah nak deactivated akaun. Tapi... tetiba ada 1 page yang buatkan jari aku terhenti untuk melakukan menda itu.

minazboutiquestudio.com ! Aku pun klik arr kan. 

Jeng2! Dress ni yang aku nampak dulu. OMG this is beautiful !

Lantas, jari jemari aku dengan gagah nya terus Liked page nih. Then, tanpa membuang masa aku teros klik pada album butik nih. Lagi sekali mata aku terbeliak. Melilau-lilau mata hitam aku. This is soooo beautiful. Let me introduce you.. Minaz Collection. (gambar2 ni di upload sebaek mndapat ijin dari owner butik ni, Puan Mija Piza.. tq sys! ^_^)

Mini Kurung Ruffle Chiffony Roses! Sumpah cun weyh! Ada macam2 kaler, tapi yang ni menarik minat aku.

Nah! Korang buat arr pilihan kaler apa korang nak!

Mini Kurung 'Color Block' Ribbony. Cute gilerr! Aku nakk! >_<" 

Dari baju kurung ke Maxi Long Skirt Princess nih. Macam princess bila korang pakai. Soft gilerr kain dia.

Hari Raya Aidilfitri nya koleksi. Moden Kurung Shoulder Ribbony Polkadot! OMG! Apsal baru skang aku tau MINAZ nih. >_<"

Baru-baru ni, Minaz Boutique ada buka booth untuk MOSLEMA In Style Fashion dekat PWTC. Designer2 Muslimah tanah air berkumpul, bergabung, meletopss! Minaz nye booth gak menarik perhatian aku. Walaupon aku xpergi pun senanya, tapi bila tengok dekat gambar.. sumpah nice!

Tengok! wa tak lak tipu nya sama lu orang. Sweet gilooo! Rasa macam nak duduk situ lama2 xnak balik. Tapi aku xpergi pon..acane tuh..? teheee (-_-")

Event ni, Minaz Boutique memperkenalkan koleksi2 terbaru yang di reka khas oleh owner butik ni, Puan Mija Piza dan Minaz crew! 

Kaler-kalerful! mate hitam aku dah xjadi hitam dah. Dah bertukar jadi warna warni dah skang. haha ;D Kaler2 yang sangat attractive! 

Haa! ni laa dia gojess Puan Mija Piza dengan Heliza Helmi. (camne arr busana yang Heliza Helmi pakai tu, serabut tapi cun!! ) 

Fine! Fatin Liyana dengan Datin pon jadi model untuk koleksi terbaru MINAZ ! Sungguh cantikkk! FL pakai Peplum Roses FL -LIMITED EDITION!

Model tecik comeyyy ni pakai Peplum Dolly Polka. Aku dah gilerr dah ni. Ada siapa2 leh tolong x?? >_<"

Ni lagi satu koleksi Peplum dari MINAZ. 

Agak berjam2 jugak aku menatap koleksi2 dari MINAZ ni. Tu yang buatkan aku bertambah gilerr. Haishh. Semua yang aku suka dah SOLD OUT ! (-_-"). Haaa! sebelom terlambat, pada sesiapa yang dah giler macam aku tengok koleksi cantik macam ni, ada berita baik tau! MINAZ ada buat 1 contest! Like, Share and Win "Color Bold" contest. Caranya senang je weyh..


Syarat pertandingannya: 

- korang mestilah kena "Like" page minazboutiquestudio.com dekat facebook dahulu
- lepas itu korang "Like" gambar di atas - "Share" post contest ini. Pastikan setting status share korang adalah   "PUBLIC" supaya crew MINAZ ni boleh cek. Tag 5 org rakan korang ye pd status share..
- then korang kena komen dekat gambar tu after share .. 
- DUA (2) orang pemenang akan dipilih secara rawak utk memenangi salah satu daripada "BOLD & COLORS" by MINAZ COLLEZIONE ini.
- Pemilihan hadiah pemenang adalah hak mutlak MINAZ. Pemenang akan dihubungi untuk membuat pemilihan warna dan size sahaja. 
- Boleh share seberapa byk yg korang suka. Suka hati korang arr. 
- Contest berakhir pd 6/11/2012 ( SELASA ) cepatt weyh!!
- Jangan lepaskan peluang! :)

Ok2, aku bagi korang masa untuk buat semua2 tu, tapi jangan lupa lak bagi habis dulu baca blog aku nih. (paksa2 lak..hihi). OVERALL nya! Dress2 and busana di MINAZ Boutique ni memang cantik. Menepati cita rasa remaja muslimah zaman sekarang ni. Korang leh tengok lagi banyak koleksi2 MINAZ dekat page FB mereka. Sampai aku pun xjadi nak deactivated akaun FB aku disebabkan MINAZ ni nye pasal. haha ;D Tapi korang kena cepat grab baju2 ni sebab macam biasa akan sentiasa SOLD OUT! Baju tu tak akan menunggu korang, tapi korang yang kena tunggu baju tu. Tahniah kepada Puan Designer Puan Mija Piza dan MINAZ CREW for the Great Design! 


Di sebabkan kecewa xdapat baju-baju dari koleksi MINAZ, aku bantai gi beli gak baju jenis peplum ni dekat kedai tepi2 jalan nun haa. Tapi murah je arr..(-_-'') Ahh..asal kan leh bayangkan pakai baju dari koleksi MINAZ tu. Haha ;D sampai camtu skali an..hikhik. Sekian untuk post kali ni ^_^ Terima kasih sebab sudi baca ! ;D

p/s - Aku pon masuk gak contest MINAZ nih..hihi ;D