my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Friday, June 8, 2012

My HIJAB Style

Assalammualaikum..

Entry aku kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang gaya atau style pemakaian tudung yang selalu aku pakai. Aku taip entry ni sambil makan maggie kari perghh! Maggie tak baik untuk kesihatan ye kawan2. Aku makan tak pe, korang xleh ik0t,ngeh2.

Berbalik pada tajuk utama kita, fesyen tudung sekarang dah semakin menjadi2. Macam2 fesyen yang semua kaum hawa tergila2 kan sekarang.Well jenis aku, aku sukakan gaya yang simple dan tak merimaskan kepala aku dan orang2 yang memandang. Kira jangan la sampai orang kata, 'err..tudung ke sarang tebuan tu?' >_<

My SHAWLS Style


Loose dan tak menyesakkan, aku lebih selesa pakai jenis pemakaian shawls ik0t keadaan dan tempat. Kalau aku just outing pegi kat shopping2 kompleks yang tujuan aku bukan untuk shopping dan tempat yang ber-aircond, aku lebih selesa pakai shawls jenis loose macam ni, senang nak window2 shopping. ngeee ;P


Ok2, pedulikan perkara yang berlaku di belakang gambar. Pashimina! yang taklah berapa nak lembut dan keras. Hujung pashimina yang senang untuk di bentuk tapi agak berpeluh bila nak menyarungkan pashimina ni. Kadang2 aku pakai pashimina macam ni bila time aku tengah rajin nak menggulung dan menge-pin-kan ia. Selekeh bet0l. Aku remind balik korang, ni bila aku tengah ada mood rajin aku pakai pashimina nih. Korang hingat senang? susah tau. Tapi pashimina ni cantikk..ngeee


Hana Tajima style! ;) Yang agak simple dan stylo. Aku pakai style macam ni bila tang photoshoot je. Sebab kalau nak di bawa berjalan dan memakai dalam masa yang lama, bagi aku macam tak sesuai. Kadang2 aku rasa macam shawl ni nak tercabut je. Jadi aku akan pakai gaya macam ni bila perlu sahaja ;) but it totally nice ! ^_^


Shawls dalam pemakaian baju kurung. Aku lebih suke style yang menutup dada. Nampak lebih sopan dan sweet gitu. Selesa dan kalau2 ada yang makcik2 yang memandang, sampai makcik tu kata, boleh la dibuat menantu. kihkih ;P

My SYRIA Style 


Style Syria semuanya sama je ;) Cuma cara kita memainkan kaler tudung dan anak tudung tu. Tudung2 syria aku suka pakai bila nak shopping dan berjalan2 untuk masa yang lama. Sebab syria di reka khas untuk muslimah yang nak bergerak tangkas, cepat tetapi masih bergaya. Syria memang simple dan sangat2 menarik ! ^_^


Jeng2! Dua tudung syria yang sama cuma kaler je yang lain! Anak tudung aku gunakan yang ada 2 tone kaler. Teng0k, bile nak makan pon senang kan? Yang sebelah kanan tu aku guna masa nak interview kerja dulu. Kan dapat teros kerja. Kihkih ;P. Kalau korang perasan setiap tudung syria yang aku pakai aku akan selitkan riben atau pin bunga sebagai penyeri ^_^ 

My BAWAL Style


haaa! Last skali tudung bawal yang semakin menjadi2 wanita2 sekarang pakai. Dah kuar balik dah. hihi. Dulu time2 aku sekolah rendah ngan menengah popular tudung bawal cengginih. Tudung bawal ni pun direka khas untuk gaya2 santai dan tak berpeluh. Macam2 jenis corak sekarang ni yang boleh di dapati dengan harga yang sangat2 berpatutan. err.. Dah macam jadi jurujual lak aku. >_<. 

Anyway! macam tu lah style aku bertudung. Simple but nice..Prasan diri jap. ngeee ;p. Bagi aku dalam pemakaian tudung mestilah selesa dan mengikut kesesuaian muka masing2 ^_^ be yourself. Itu yang lebih penting senanya ;) Terima kasih yang sanggup menjuling kan mata untuk baca post aku kali ni. 

p/s : meggi tak habis lagi. dah kembang. >_<

No comments:

Post a Comment