my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Tuesday, October 23, 2012

At Dak Teropong Studio with Siti Nursyuhada

Assalammualaikum..

Dah lama aku tak updated blog ni, hari2 online tapi macam xada masa nak menaip. Lagipun aku xpandai nak bercerita melalui penulisan, sebab aku lebih gemarkan bercakap secara berhadapan. Tapi xkan lah aku nak bercerita depan semua orang ye dak? kang orang hingat aku ni mental ke pe. Tapi untuk tidak membiarkan blog aku ni dari bersawang, baik aku fikirkan satu cerita yang aku boleh kongsikan dengan korang.

Sebenarnya agak susah untuk memulakan ayat untuk menjadikan sesuatu cerita itu menarik. Lebih2 lagi dah lama aku tinggalkan zaman sekolah ni, dah 5 tahun dah. Karangan BM dulu teror je, sekarang nak cakap pun dah xreti..hampeh tol. Menyesal tak amek diploma dalam bahasa melayu..err.. (-_-")

Aku tak hingat bila tarikhnya aku berminat ke arah makeup artist atau dengan kata singkatannya MUA. Yang aku tahu, tetiba je aku dah membeli barang2 makeup yang kemain banyaknya. Siap ada bisnes kad wa cakap sama lu. Macam nak siyes giler ke arah MUA ni. Tapi selama seminggu muhasabah diri aku, aku jadikan minat ni sebagai kerja sampingan aku di masa2 lapang je. Terasa best lak menenyeh muka orang and bila dah habis tetiba terasa bangga lak kalau orang tu puji..cantikk! OMG, terasa macam nak tanggalkan balik makeup kau tu meh aku tenyeh lagi bagi dabomb! Ianya menjadi satu kepuasan bila tengok hasil kerja yang kadang2 masih xpuas hati. Manusia..biasalah.. heee -_-"

Jadi untuk menunjukkan lagi skill yang aku ade nih, (berlagak jap).. aku attend 1 event anjuran kakak yang sangat comeyy sys Eriqasz untuk projek Inspirasi Gaya di Dak Teropong Studio KLIK SINI . Dan yang menjadikan aku lebih excited aku dapat tahu salah seorang model yang ada sys Siti Nursyuhada. Alaaaa.. tipu arr korang xkenal siapa nih.. Finalis Dara.com u ollss! OMG! aku sebenarnya dah lama minat sys nih sejak dia jadi cover girl majalah dara.com tu.


Nah! tu die. Korang tau x disebabkan aku terlalu excited jumpe sys Syuhada nih, sys Syuhada dengan rela hati menyerahkan muka nya untuk ditenyeh oleh aku. Masa tu hanya Tuhan je yang tahu betapa gigilnya tangan dan jari jemari ku ini. heee. >_<" Sys Syuhada berkulit cerah, memang dah cantik, senang nak makeup, dan memandangkan aku masih baru, entah bape banyak kali agaknya aku cakap sori dekat sys Syuhada nih. Dengan suara dia yg sweet macam gula2 dia cakap.. xapee sebanyak..beberapa kali..xhingat.

Masa tu aku rasa hasil kerja aku masih lagi tak memuaskan hati aku. Dalam masa yang sama, sys Erikqasz masih xpercaya aku dah tukar profession. Yelah dari Talent yang biasa2 tetiba jadi MUA. Photog2 yang kenal aku pun kehairanan. Korang heran, aku lagi heran. Nape ntah tetiba -_-"



Heee..kalau korang perasan, semua gambar sys Syuhada aku mesti ada. Musti arr weyh. Bukan senang nak bergambar dengan Finalis Dara.com nih. Sambil bergambar sambil tu aku bermain2 dalam studio Dak Teropong nih. Sangat selesa studio dia. ^_^


Err.. tak ada motif pun letak gambar nih, aku je yang perasan. Kenapakah kena aim cengginih.. heee >_<


Barisan para MUA. Ok.. aku tahu apa yang korang akan cakap. baek.. aku terima 'kelebihan' diri aku. Terima kasih!


Di sebalik tabir pembikinan studio photoshoot di Dak Teropong Studio . Memang bersepah, teknik gambar yang baek sebab tu nampak macam cantik. haha ;D

Anyway..lepas je dapat pengalaman cengginih. Aku menanamkan azam untuk lebih menghaluskan hasil kerja aku, aku kne lebih berusaha mencari mangsa2 untuk aku conteng muka mereka. Ada tak sesiapa yang sanggup??

Aku minta maap sebab updated cite yang dah lama nih. Tapi ni pengalaman pertama aku sebagai Freelance MUA. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat aku untuk makeup kan korang, and korang rasa sanggup untuk di tenyeh2 oleh aku, sila call 0129113661. Promote jap, ngeh..ngeh ;P

Oklah, aku dh pening ni, bular2 bijik mato den menaip dari tadi. Amek maso bapo lamo gilorrr den nak menyusun ayat. At last! habih gak. Timo kasih pado yang sudi baco. Wassalam.


Gambar last ni xde kaitan dengan makeup2. Just sebagai penutup post kali ni. 
Tudung dari RADIUSITE
Baju Kurung, Beg tangan dan kasut SDN BHD. HAHA ;D

No comments:

Post a Comment