my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Monday, December 10, 2012

Kerja Aku

 
Assalammualaikum...
 
 
"Best ke kerja nurse?", soklan yang sering aku dengar dari kengkawan, sedara mara dan orang2 yang baru aku kenal. Jawapan aku
 
"Ntah"
 
Bukan nak jadi sombong ke pe, tapi sebenarnya dah tak larat nak jawab. Lagipun aku tak nak nanti aku dah start cerita panjang lebar tapi diorang buat muka selumber dan pastu tukar topik lain. Sedih tahu. Sebab tu kalau orang tanya aku kerja apa aku jawab dengan gah dan bangga nya
 
"Saya kerja NURSE!"
 
Lepas tu diorang diam sebab dah dapat jawapan kerja nurse tu best dengan cara dan gaya aku jawab tu. Korang paham x? Tak paham g baca banyak2 kali. Cuba kalau aku jawab...
 
"Saya kerja nurse jeee....''
 
Tak ke orang akan rasa... err...ok.. xbest ke kerja nurse. Haaaa, dah muncul dah soklan2 ke 2 seterusnya ke 3 buatkan orang tu akan terasa hati dengan aku sebab aku dah buat muka malas nak layan. Kena pandai reverse psikologi seseorang, betol x? aku rasa kalau mak cik2 clearner tu jawab macam ni
 
"Saya kerja CLEANER!"
 
Sumpah orang lain akan tergamam dan akan memakai cermin mata hitam sebab tengok mata mak cik tu bersinar2 sebab bangga dengan kerja dia. Baru korang tahu betapa bestnya kerja cleaner ni. Kerja halal di sisi ALLAH, aku xnampak kat mana hinanya kerja diorang. Tandas2 awam dekat negara kita ni, tanpa mereka yang dok mencuci dan menyetal mende2 alah tu sape lagi nak buat? Emo kejap.
 
Kembali ke topik Nurse. Aku pun xpasti kenapa aku pilih Nurse. Dulu masa kecik2 cikgu tanya nak jadi apa, student mesti cakap nak jadi doktor, peguam syariah, tokey kedai emas, ketua kongsi gelap, tiba time aku, aku jawab ''saya nak jadi isteri solehah cikgu", jadi bahan gelak aku pastu. Aku heran, ada yang cakap nak jadi ketua kongsi gelap xpulak diorang bahan.. ok aku paham.. nanti rumah diorang kene simbah cat merah.
 
Jadi untuk tidak memanjangkan cerita meh gua kasi tahu lu suma apa "Best" nya jadi jururawat!. Ianya berbentuk QandA
 
1. Best x jadi nurse? (soklan general)
Jawapan : best! kena maki, kena marah, kena jerkah, kena kutuk. Tapi lagi best kalau dengar ayat "terima kasih misi", tak kesah la baru lepas kena maki ke. Xyah bagi ayat-ayat cinta aku dah cair dah.
 
2. Tak jijik ke cuci T**k orang? errwwww
Jawapan : Jijik, eerrrrwww (ikut balik gaya orang yang tanya tu) siapa kata tak tu memang bukan orang. Tapi kerana keikhlasan dalam bertugas dan ambil sebagai practice untuk jaga mak dan ayah kita bile mereka sakit atau dah tua. Xrasa jijik pun. Xde perasaan dah tengok. Dalam hati siap cakap, eleh..macam cuci coklat cadbury je ni.
 
3. Tak pengsan ke tengok darah banyak2?
Jawapan : Memula tu agak la, lagi2 kerja dekat bahagian Labour, memang sebakul darah arr korang tengok, dengan bau hanyir lagi, tapi lama2 dah tak bau apa dah. Sebab tu orang tanya "ko ade bau durian tak?" Aku jawab ''xde, aku bau darah je''
 
4. Tak penat ke?
Jawapan : uishh! TAK pun. Angkat pesakit, lari satu ward, jerit2 soh pesakit 'push'!, sambut baby, selamatkan baby yang semakin tak bernyawa, cek pesakit setiap setengah jam, bawak pesakit pergi tandas, memang tak penat kalau kita ikhlas.
 
5. Kenapa nak jadi nurse?
Jawapan : Dah tertulis di Luh Mahfuz memang aku di jodohkan dengan kerja ni. (ecehh)
 
Haa..tulah dia sebahagian soklan2 general pasal kerja aku ni. Kadang2 memang rasa nak benti je kerja nurse, bek aku kerja opis2 ke, mengadap kertas dan komputer, xyah kene bebel dengan doktor, dengan pesakit yang fussy gilerr ya amat, jadikan kita macam maid diorang, dengan matron lagi. Tapi, semua tu mengajar aku menjadi seorang yang sangat bersyukur sebab aku tahu apa yang orang xtahu. Sebab ilmu bahagian perubatan memang sangat luas. Ada penyakit yang tak pernah kita tahu sakit apa kita yang tahu dulu. Kena maki kena marah ke, pedulik kan sume tu. Anggap macam lalat yang berterbangan, memang merimaskan tapi  kalau dah wangie dan mandi lalat xdatang pun. Sama macam hati, kalau hati bersih, jadikan makian dan marahan orang tu sebagai semangat kita untuk lagi berusaha dan terus berusaha.
 
Dan yang paling penting kerja nurse ni kena ikhlas. Kalau aku buat xbaek dekat pesakit aku, mana tahu satu hari nanti family aku atau aku sendiri yang terkena dengan kejahatan yang kita buat tu. Sumpah aku xnak. Sebab itu aku akan sentiasa mengikhlaskan hati ni walaupon kadang ragam pesakit tu buatkan aku cam, haishh..aku cocok ko kang dengan jarum besar kang. Niat je, malaikat Raqib xtulis lagikan selagi kita xbuat..heee, Nauzubillah, minta simpang dengan niat2 yang macam tu. Semoga ALLAH permudahkan.
 
Jadi! jadilah nurse ! memang Best! (thumbs up)
 
Sekian...terima kasih
 
Yang benar
Nurazlili aziz
 
 


3 comments: