my cute Bl0g !

ASSALAMMUALAIKUM !! ^_^
Sem0ga hidup kita sentiasa di rahmati ALLAH S.W.T
amin...

Tuesday, January 1, 2013

Cerita Tahun Baru

Assalammualaikum..
Tahun Baru. Sinonim dengan Azam! Bukan nama Azam bin Jamal (entah sapa2 nama ntah aku petik), tapi azam yang berazam tuh. Keazaman tahun baru memang tak pernah terlepas untuk korang rancangkan. Ada macam2 jenis azam yang aku dengar. Toksah cakap pasal orang lain. Diri aku sendiri ni haa.. baru aku teringat, bulan doblas tahun 2011, aku ada list kan keazaman aku tahap yang membara punya. Korek punya korek setiap helaian kertas dalam fail yang dah berhabuk dalam almari akhirnya terjumpa list keazaman tahun baru 2012 aku yang dah renyuk2. Dalam hati aku berkata "betul ke keazaman aku nih?" (-__-")
Atas kertas tu tertulis.. "Senarai keazaman aku yang membara untuk tahun 2012..."
1. Nak kurus! (ni sangat2 penting, kena bawa sampai tahun bila)
2. Nak kerja betol2 (selama ni kerja xbetol ke? pelik..(-__-"")
3. Nak tinggi! (aikk.. ni pon ada ke?)
4. Cari jodoh! (sampai sekarang..ada ke?)
5. Jimat duit! (err...)

Lorhh, tu saje ke? sikit betul. Keazaman yang sangat pelik bila aku baca balik. Hampeh. Semua tu hanya "list" semata2. Penat je carik balik. Bagi aku, azam ni bila2 je boleh nak berazam. Bukan masa tahun baru je. Cuma semua tu simbolik bagi tahun baru kena berazam. Lagipun, sambutan tahun baru umat Islam dah lepas hari tu kan. Masa tu yang sebenarnya lebih afdal. Buka buku dan lembaran baru. Azam tahun baru aku? rahsia arr, tahun depan baru aku updated tok tahun 2013 punya azam. Haha.

Ni, nak cerita.. Masa waktu menjelang tepat pukul doblas tengah malam tahun baru 2013, aku sebenarnya tengah bertungkus lumus menjerit 'PUSH' dekat pesakit yang nak bersalin. Bunga api 'pong-pong' kat luar, kitorang 'push-push' dekat dalam ward. Abang pengantar Dominos terpaksa tunggu kejap dekat luar ward sambil muka berkerut. Haha. Kesian kat abang tu. Jadi mangsa keadaan.

Jadi! lahir laaah sudah baby pertama tahun 2013. 1st thing kitorang jerit masa baby dah keluar adalah "Selamat Tahun Baru". Dengan mak dia skali jerit..haaa.. Bukan azan ke iqamat budak tu dengar, ni ayat selamat tahun baru. Nasib anak cina. Tapi apa pun.. Alhamdulillah.Semuanya selamat. Dalam waktu yang sama baby tu pon aku dah nampak macam ayam percik. Lapar kot! Aku tak makan dari petang semata2 nak makan Dominos.


Pizza Dominos dah keras. Lama sangat diorang tunggu untuk di makan. Nasib baik tengah lapar. Tak pikir keras ke pe, telan je.


Ni dinamakan kek 'upside down' sempena cerita 'upside down' yang akan di tayangkan tu. Padahal salah sendiri amek gambar macam ni. Dah salah, guna nama cerita pulak..pun bolehh.. Kek ni di taja oleh sister! Aku pun terkejut sister sanggup datang tengah2 malam sambut dengan kitorang.


Nah hamek! muka penat, pucat, lemah longlai.. tapi masih gagah lagi tunjuk 'peace' dan..cawan depan kamera. Paling best, siap mintak tolong relative pesakit yang snap gambar ni. Telima kasih arr taukey. Sebab taukey ayam cina yang snap pic ni.

Ni la dia kalau nama dah bertugas dekat bahagian kesihatan macam kitorang di atas. Orang cuti, kami kerja, orang bergembira sambut tahun baru, kami bergUmbira kerja dalam ward. Best pe! sejuk dapat ekon, sehat tak sedut asap kereta, rokok,orang tak gosok gigi kat luar sana, bebas dari ancaman peragut2, tak bersesak2 dengan orang ramai, senak perot je sebab makan Dominos banyak sangat.

Anyway! masih tak terlambat lagi aku nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2013'! Semoga tahun ni tahun yang mendatangkan banyak faedah dan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH SWT. Jangan lupa solat, tingkatkan iman dan jauhkan diri dari perkara2 lagha. InsyaALLAH.

Terima kasih sebab sudi baca! Peace yo! ^_^

4 comments:

  1. mcm best je keje lili kan.. tau xrahsia nk preggy? hihi..

    selamat tahun baru yer lili.. kalau nk try SNE kapsul, boleh contact ieza.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru awak... DAN.. semoga list yang disenaraikan tu akan tercapai tahun ni termasuklah berkenaan jodoh tu.hehehehe :P

    ReplyDelete
  3. kak iza : Selamat tahun baru kak iza! hehe, alhmdulillah, bez dpt tg0k baby comel2! hehe, rahsia preggy?? hihi.. nnt lili bgtau ;p

    boni kacak : selamat tahun awak ^_^ insyaALLAH.. amin3.. ;) awak pun sama!

    ReplyDelete
  4. Dah lame x de entry baru ni...btw welcome to PCMC family :-)

    ReplyDelete